Assalamu alaikum.
Pihak JK Pembinaan Masjid Prima Saujana Kajang merasa amat bersyukur kerana menerima sumbangan wakaf daripada seorang Warga emas dari kejiranan berdekatan pada 13 Disember 2020. Beliau merupakan seorang ibu berusia 90 tahun yang telah mewakafkan sejumlah wang melalui 3 keping cek untuk dirinya serta bagi pihak Allahyarham suami dan Allahyarham anaknya.
Pihak JK mendoakan pewakaf dikurniakan kesihatan berpanjangan dalam keberkatan, semoga sampai pahalanya kepada arwah-arwah yang dihajatkan.
Untuk makluman semua, kemajuan pembinaan telah melebihi 70% dan dijangka akan siap dalam pertengahan tahun 2021.
Setakat ini, jumlah kutipan hampir mencapai sasaran mengikut kos asal pembinaan. Walau bagaimanapun, ini tidak termasuk kos-kos tambahan dan di luar jangka yang masih belum dimuktamadkan lagi.
Sumbangan serta sokongan daripada pihak tuan-tuan dan puan-puan sekelian amat kami hargai. Hanya Allah swt sahaja yang dapat memberi ganjaran yang selayaknya.
جزاكم الله خير الجزاء
Recent Comments