Ahad 18 Jumada Thani 1442
31 Januari 2021
Hari ini pihak Ahli Jawatankuasa Pembinaan Masjid Prima Saujana membuat tinjauan kemajuan kerja-kerja di tapak dan persiapan pemasangan kubah masjid yang dijangka akan dilancarkan pada hari Khamis 4 Februari 2021, jika tiada aral melintang.
Kita semakin hampir merialisasikan bangunnya sebuah masjid. Sesuai dengan sebuah hadith tentang keperluan masjid bagi umat Islam yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim:
“Bumi telah dijadikan bagiku sebagai masjid”.
Pemasangan kubah merupakan titik penting dalam pembinaan masjid kerana ia merupakan antara lain:
i. Sebagai Lambang Keindahan
ii. petunjuk Arah Kiblat
iii. Mempermudah Pencarian Masjid
iv. Sebagai Pencahayaan dan kemerduan bunyi
Terimakasih pewakaf pewakaf, kerana bersama-sama merialisasikan pembangunan masjid ini.
Recent Comments