
Sejarah Kami
Masjid Prima Saujana KajangMaklumat latar belakang
2. Manakala Kelulusan Merancang serta Membina daripada Majlis Perbandaran Kajang (MPKj ) telah diperolehi pada 21 Disember 2017
3. Keluasan tapak pembinaan ialah seluas 1.5 hektar / 6126 meter per segi (65,549 kp). Keluasan lantai kasar bangunan masjid ini adalah seluas 2,442.21 meter per segi /26,287.70 kaki per segi.
4. Kerja-kerja pembinaan telah dimulakan pada 8 Februari 2018 dan dijangka siap dalam tempoh 18 bulan.
5. Beberapa sessi penerangan telah dibuat temasuk mengadakan majlis bersama SS Datuk Dr Zulkifli Al Bakri, Mufti Wilayah Persekututuan pada 28 April 2018.
%
Pembinaan
Kos Projek (Juta)
Keperluan (Juta)
Kutipan (Juta)
Kemajuan semasa :
- Sehingga Jun 2020, kemajuan pembinaan adalah 57%.
- Dinding bahagian tepi mula dibina.
Teruskan berwakaf untuk pembinaan.
Kemajuan terkini :
1. Kerja-kerja cerucuk (piling) awalan telah mengalami masalah akibat dari keadaan struktur tanah yang rumit . Kaedah cerucuk konvensional yang telah dirancang, tidak dapat diteruskan.
2. Beberapa kaedah piling alternatif telah dikenalpasti dengan mengambilkira kesesuaian dengan rekabentuk dan kos pembangunan.
3. Pada 19 Mac 2019, Jawatankuasa Teknikal Projek Cadangan Pembangunan Masjid ini bersama Juruperunding Pengurusan Projek dan Juruperunding-juruperunding lain yang dilantik untuk projek masjid ini telah bersetuju untuk bahagian cerucuk bangunan mengunakan kaedah micropile diameter 200mm. Jentera dan peralatan untuk cerucuk micropile juga telah memasuki kawasan tapak pembinaan pada hari yang sama.
4. Kerja-kerja cerucuk (micro piling) dimulakan pada 26 Mac 2019 dan telah siap 100%. Pada Ogos 2019, kerja piling cap sedang dijalankan. Masjid dijangka siap pada bulan Ogos 2020.
5. Sehingga Jun 2020 kemajuan pembinaan adalah 57%.Kerja lantai tingkat satu telah dibuat dan tiang tingkat satu mula dibina.Retaining wall telah hampir siap.Kemajuan kerja ialah 5% lebih cepat dari jadual kerja baru
Surat Kelulusan JAIS




Surat Kelulusan MPKJ


Surat Kelulusan Masjid

Alamat
Masjid Prima Saujana Kajang
Persiaran Prima Saujana
Taman Prima Saujana
43000 Kajang Selangor
GPS : 3°00’31.1″N 101°48’23.7″E
masjidprimasaujanakajang@gmail.com
Website
Hubungi Kami
- +6016 – 335 8044 (Hj. Mohd Asri)
- +6012 – 639 5978 (Dr. Hj. Kalamhamidi)
- +6019 – 211 8844 (Hj. Jamaluddin)
- +6019 – 281 6528 (Hj. Mohd Zobir)
- +6013 – 334 4234 (Dato’ Sr Hj. Rosli Atan)