Rasulullah S.A.W sendiri amat menggalakkan umatnya supaya memperbanyakkan sedekah jariah sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A yang bermaksud :-

عَنْ ‏أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِىَ اللهُ تَعَالى عنه ‏أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏قَالَ : ‏ ‏إِذَا مَاتَ ابْنُ آدَمَ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاثَةٍ : صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ ، اَوْعِلْمِ يُنْتَفَعُ بِهِ ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ. ‏
﴿ رواه مسلم ﴾

Maksudnya :-

“ Apabila matinya seseorang anak Adam itu maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah , ilmu yang dimanfaatkannya dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kepada kedua ibubapanya.

( Hadis Riwayat Muslim )

Hikmah Berwakaf

Allah SWT berfirman di dalam surah Al-imran ayat 115 yang bermaksud:

Dan apa sahaja kebajikan yang mereka lakukan, maka mereka tidak sekali-kali akan dinafikan atau disekat daripada mendapat pahala. Dan ingatlah allah sentiasa mengetahui akan keadaan orang-orang yang bertakwa.

Antara hikmah yang terdapat didalam ibadah wakaf ialah: menzahirkan pengabdian diri kepada Allah SWT sebagai langkah mendekatkan diri kepada Allah SWT mendapat kebajikan yang berkekalan walaupun pewakaf telah meninggal dunia berkongsi manfaat dikalangan umat islam dalam menyemarakkan syiar Islam. Ianya dapat mengukuhkan perpaduan dan ekonomi ummah dan Ianya juga secara tidak langsung dapat mengekalkan pemilikan dan pengkongsian aset umat Islam di Negara ini khususnya.

Sumber : http://www.maij.gov.my/

WhatsApp chat