Assalamu alaikum.

جمعة طيبة مباركة

Salam Jumaat, penghulu segala hari.

Alhamdulillah kerja-kerja pembinaan tetap berjalan walaupun dalam keadaan yang sedikit perlahan disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan.

Untuk makluman semua, kemajuan pembinaan adalah sekitar 75% dan dijangka akan siap dalam suku ke-2 atau k-3 tahun ini.

Setakat ini, jumlah kutipan hampir mencapai sasaran mengikut kos asal pembinaan. Walau bagaimanapun, ini tidak termasuk kos-kos tambahan dan di luar jangka yang masih belum dimuktamadkan lagi.

Sumbangan serta sokongan daripada pihak tuan-tuan dan puan-puan sekelian amat kami hargai. Kami menerima sebarang jumlah wakaf mengikut keikhlasan. Semua sumbangan yang diterima dimasukkan dalam tabung pembangunan yang masih giat dijalankan. Hanya Allah swt sahaja yang dapat memberi ganjaran yang selayaknya.

‎جزاكم الله خير الجزاء

9 Jumada Thani 1442
22 Januari 2021

WhatsApp chat